eSukan - Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan
4 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 03 July 2026, telah berlangsung Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami mengenai pengurusan emosi iaitu mengenai emosi diri, mengawal reaksi terhadap situasi, berfikir sebelum bertindak dan mengekalkan fokus ketika bermain. Selain itu, peserta memahami emosi yang sering dialami pemain seperti gementar sebelum perlawanan, marah selepas melakukan kesilapan, kecewa apabila kalah, terlalu yakin selepas menang dan takut melakukan kesilapan. Seterusnya, peserta mengetahui punca tekanan pertandingan iaitu harapan tinggi daripada diri sendiri, tekanan daripada rakan sepasukan, penonton dan media sosial, perlawanan yang penting dan takut mengecewakan pasukan. Akhir sekali, peserta mengetahui kesan emosi tidak terkawal seperti hilang fokus ketika bermain, komunikasi menjadi kasar, keputusan tergesa-gesa, berlaku konflik dalam pasukan dan prestasi keseluruhan menurun.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: